Wednesday, April 10, 2013

Sehijau Warna Daun

Assalamualaikum.

Isu pemilihan sekarang semakin panas.

Ya, umur saya 18, dan saya tak layak nak berkata apa-apa.

Saya juga masih mentah.

Tak masak dengan dunia luar, belum berpengalaman.

Tiada pengajian tinggi-tinggi sampai PhD, atau kebijaksanaan yang tinggi.

Saya cuma seorang muslimah, yang memandang dunia sebagai lombong dosa.

Meskipun saya memang tak baik sangat, saya sentiasa sedar dan tahu bahawa diri sedang berdosa, saya takut, malu, dan saya dapat lihat yang nyata.

Bahawa, saya ada pandangan sendiri, dan yakin dengan tahap logik dan kematangan pandangan saya.



Ini negara Islam. I S L A M.

Kalau lihat tajuk pun, sedia maklumlah saya ni lebih ke arah mana.

Namun, saya bukan nak mengutuk atau berkempen.

Saya cuma nak berkongsi pandangan.

Pandangan saya.... bagi orang yang tidak sanggup berkorban duniawi untuk ukhrawi, dia akan memandang hina daun.

Maaf saya gunakan bahasa terus untuk majoriti perkara, sebab ini monolog saya, dan saya tak pasti pun ada orang nak baca.

Hati kecil serta besar saya amat mengagumi beliau, segala-galanya. Ingin sekali saya menjadi seperti dia, sabar dan tawadduk. Walaupun sering diperburukkan oleh pihak-pihak tertentu, bibir beliau masih tersenyum. Susahnya untuk saya bersifat sabar macam tu, kadang-kadang meletup juga saya ni.

Tak usah la nak sebut nama kan, sedia maklum sendiri la.

Saya hairan la...

Beberapa tahun yang lalu, pernah seorang pemimpin yang disanjungi mengatakan, "Semua negara di dunia ini proksi Israel."

Namun, mengapa tidak ada yang pernah mempertikaikan?

Sebaliknya, perkara lain boleh diungkit, kecuali yang itu.

Adakah media massa telah terlupa mengenainya? Atau telah sengaja dipadam? Maklumlah, untuk kemakmuran negara.

Hairan, saya menontonnya melalui sebuah rangkaian televisyen yang popular.


Namun, yang paling menyedihkan, agama ditolak ke tepi, katanya, tak sesuai.

Ini bukan apa yang orang kata, tapi nampak terang caranya.

Hairan.

Saya masih muda, dan saya masih mentah.

Jadi saya memang banyak tertanya-tanya.


Berkenaan dengan hudud..

Saya sangat bersetuju jika hudud dijalankan.

Mengapa?

Lihat saja kes buang bayi, pembunuhan, penculikan, dan bermacam-macam lagi.

Adakah kita takut jika, kita dihukum hudud?

Tapi, bukankah kita itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kita disanjungi, dan dijadikan 'role-model'.

Tak perlu risau kan...

Saya belajar Syari'ah, walaupun tak sehebat mana, ada perkara yang diserap ke dalam otak dan hati saya.

Contohnya, haram bagi kita menolak hukum Allah.

Serta, kewajipan menutup aurat, bukannya membalut, apatah lagi menayang.

Saya makin hairan. Negara yang diperintah berdasarkan Islam? Hmm, saya cuma mampu geleng kepala saja...

Mengapa nak utamakan kebahagiaan dunia? Sedangkan hidup di dunia hanya sementara.

Mengapa nak takut panas matahari, sedangkan panas neraka tidak akan mampu ditahan.

Astaghfirullahal'azim...


Saya minat kpop, saya mengaku. Tapi, konsert dengan ceramah agama, saya pilih yang ceramah la.

Saya minat, sebab saya enjoy ikut diorang menari, dan saya sedang sedaya upaya untuk berubah dan meninggalkan semua itu.


Sebelum saya tulis post ni, saya berfikir, "Mungkin, ada pihak saman aku nanti."

Maklumlah, protes...

Tapi, saya fikir lagi, "Sapa saman aku tu ketaq la tu. Aku post monolog aku, pertanyaan aku, kalau salah  betulkan ja, terdesak sangat ka sampai nak saman."

hehe.



#saya nak berubah.


#bila arnab hampir kalah dengan kura-kura, menyerik kot dia lari/lompat. haha :D

No comments:

Post a Comment