Tuesday, November 19, 2013

abah dan youtube #1

..............................

"Uda, buka laptop," abah berkata padaku. Eh, apa kena abah ni? Hmm, main game kot..

Getus hati kecilku.

Aku berjalan ke arah laptopku, yang dibelikan abah dan mak buat kegunaanku. Maklumlah, pelajar Diploma Sains Komputer, heheh.

Abah menghampiriku, lalu duduk di hadapan laptopku.

Aku berdiri belakang abah, wonder.

Apa laa yang abah nak buat....

Abah meng-klik 'Google Chrome'.

Lalu menaip Y O U T U B E .

huh??!

Dah buka youtube tu, ku lihat abah mencari lagu-lagu yang sering kami nyanyikan dalam kereta.

ABBA, Bee Gees, Air Supply, Bob Marley dan lagu-lagu inggeris zaman 60-an ke 80-an.

Lagu kegemaran kami.

-----------------------------------

Kisah ni dah lama. dah berbulan. haha.

abah kata, dah lama main youtube, sejak sebelum aku masuk universiti lagi.

yang best, lepas tu abah berkenalan dengan youtube downloader.

faham-faham ja la, haha.

eh, bukan lagu saja tau.!

abah cari kuliah ustaz-ustaz, dan video kucing.

sebab saya dan abah sangat suka kucing!

"Uda jangan tiur lagi, tunggu video abah habis download."

haha.


abah, tak paa nak addicted youtube. jangan obses dah la, haha :D

No comments:

Post a Comment